Carian

Khamis, 8 Julai 2010

Bermulanya Nafas PertamaKu...

Andai kesibukan dunia yang membuatkan manusia mengejar harta, andai masa menjadi pencetus segala ilham dan cita-cita, andaikan juga bagaimana aku menaruh harapan itu untuk melalui liku-liku kehidupan dunia yang penuh warna,bunyi,bau dan rasa. Yang ingin dijulang sebagai seorang juara. Bermulanya nafas pertama setelah melalui 40 minggu berenang-renang didalam 'lautan' hasil pernikahan cinta 2 orang insan yang menyayangi antara satu sama lain. Genap bilangan hari itu dan tepat waktunya aku memberontak untuk berenang keluar dari air 'lautan' yang melemaskan aku. Lalu aku menerjah ke ruang yang sempit disaksikan sekumpulan manusia yang sedang berusaha untuk menyambut aku. Keperitan yang amat pedih dirasai oleh ibuku waktu itu tidaklah aku rasai dengan hatiku yang tak mengenal apa erti kesakitan,keperitan dan kepedihan. Aku bagaikan kain putih yang perlu dicorak dengan warna-warna yang indah dan menyejukkan mata memandang. Tangisan yang tidak henti disamping ibuku yang keletihan diatas katil. aku didokong, dilaungkan azan ketelinga kecil ku sesudah itu aku kembali ke dakapan kasih sayang ibu dan ayah ku. Ingin aku bertanya mengapa mereka sangat bahagia ketika itu tetapi apakan daya khudrat ku ini.

Tiada ulasan: