Carian

Sabtu, 11 Jun 2011

Kehidupan Berubah Corak

Dah lama rasanya aku tak bagi makan pada buku teknologi zaman canggih ni..setelah hampir 1 tahun aku membiarkan saja blog ni,,kini aku rasa segar semula untuk mengisi kekosongan yang ada ni,,biarpun kita tgok kat media2 yang ada sekarang ni,,gempa,pembunuhan,peperangan dan belbagai lagi peristiwa yg berlaku,,mesti anda akan terfikir sejenak,sesaat,sedetik,mahupun seketika tentang persoalan mengapa semua ini berlaku..bagaimana penghujung nya,bagi masyarakat islam sudah semestinya mereka yakin bahawa kiamat itu akan muncul jua,,,dalam cuaca sekarang yg panas,bahang,hangat yg kadang2 kita sendiri xtahan,bayangkan macam mane lah agaknye panas nye di akhirat kelak..banyak yg aku lalui hampir 12 bulan meninggalkan kertas digital ini,,,biarpun hanya beberapa orang sahaja yang menjadi pengikut untuk internet yang beralamat amirul-aluddin.blogspot.com ni...tapi nak jugak aku kongsikan bersama2 supaya kita dapat belajar erti kehidupan,,,kadang2 kita mesti ada rasa dunia ni xadil..kadang2 kita rasa dunia ni menyakitkan hati,,ada juga yang kata lebih baik mati dari sengsara di bumi,,toleh kanan toleh kiri,,ada x agaknya kawan yang kita nak ajak bergosip ni,,pandang atas pandang bawah ada tak orang yang kita nak kutuk ni,,pasti ada dikalangan manusia...salah orang nampak depan mata..salah sendiri ibarat barang yang rosak..dibiarkan diabaikan xperlu lagi diperbetulkan,,,muka nampak baik tapi perangai macam setan..muka ganas macam gangster tapi dalam hati ada taman,,,ada yang tolong tapi sebenarnya nak mintak balasan..ada yang nak tolong tapi xmampu nak tolong..ada yang sangat mengambil berat tentang orang lain dan ada yang x peduli langsung,,,,masyarakat yang berbilang kaum,bangsa dan agama..dalam sehari mesti kita akan ketawakan orang,,,dalam sehari mesti kita ada mengumpat pasal orang lain,,kadang terlepas sampaikan ke aib orang itu sendiri,,,,hmm..ntah la,,,tp yg aku tahu hati manusia ni kita xboleh mencongak dari rupa paras,,,rambut sama hitam,,,hati lain2,,,terbakar kampung nampak asap terbakar hati siapa yang tahu,,,bila senang keliling pinggang ada saja kawan kita xkira lah baru kenal ke da berkurun kenal ke tapi ada ajelah orang kata,,,tapi bila susah sorang pon xad,,bila mintak tolong mcm2 alasan la yg keluar,,,bila kita ada kemudahan yg dia xad kita tolong,nak pinjam??ambil lah,,nak makan???makanlah,,xap kawan punya pasal,,,tapi bila kita pulak mintak tolong???xboleh la...buat muka..mcam2 alasan,,,bukan hendak mengungkit,,tapi adat berkawan perlu hormat meghormati,,susah sama senang sama,,,ini tidak,susah batang hidung pon xnampak,,bila senang dengan zip2 seluar dia tunjuk,,,kenapa macam tu..xadil lah kan,,,kalau semua orang dalam dunia ni pentingkan diri rasanya kita jugak yg mudarat,,,biar orang buat kita tapi jangan kita buat orang..pernah dengar pepatah ni kan???tapi jangan sampai orang pijak kepala kita dengan kaki y bertaik anjing...

Ahad, 31 Oktober 2010

apa yang aku harapkan sampai akhirnya,,aku tidak tahu mereka banyak masalah..yang aku tahu hanya isi hatiku yang inginkan kepuasan..masa yang aku lalui berlalu..kemudian aku mengikut keluargaku berpindah ke Kuala Lumpur tanpa memberitahu datuk dan nenek ku...nenek aku terlalu menyayangi aku sampaikan dia terbayang2 wajahku 3 hari 3 malam,,ternamapak aku di pelantar bilik air bermain2 air,,maklumlah,semasa aku kecil....aku begitu degil...aku mencuri duit sepupuku,mencuri duit doktor pergigian dan bermacam2 lagi..pernah sekali 2 sedang nenek ku pulang dari mengutip duit hasil getah yang ditorehnya..dia ternampak basikal aku ditepi parit,pada waktu itu aku sedang berkubang,berseronok bermain air parit bersama2 rakan sekolahku..haha,,apa yang aku ingat ialah nenek aku mengangkat basikal aku dan mencampakkan ke dalam parit,,kami beramai2 mengangkat basikal aku yang ditenggelami air..haha..sungguh kelakar jika diingatkan waktu itu,,saat aku bersama keluarga,kawan2,dan saudara mara..aku lebih bersama kawan2,,dan nenek terlalu menyayangi aku sampaikan cucu2 yang lain iri hati..aku berada dalam darjah 3..belajr pun boleh tahan pandai lagi time2..maklum la otak nga fresh la orang kata,,,kemudian darjah 4 aku pndah semula ke kuala lumpur,,,masa itulah yang nenek aku terasa hati sgt ngn aku,,aku pindah xbagitau mereka pun..dalam darjah 4 ni prestasi aku semakin menurun..aku mula gatal nk kt perempuan..konon2 la suka,,kelas je kelas pertama tapi belajar apa pon xleh..masa ni aku jarang sangat nampak mak..mak aku sibuk bekerja siang malam semata2 nk menyara kami adik beradik..aku sangat degil usia ni..kadang2 adakalanya aku nak buat baik dengan ayahku,,cuci lantai,,tapi kebetulan masa dia balik kje lantai 2 xkering plak..ayah aku mengamuk sangat,,aku lari,,dia tanpa memikirkan masa depan mengambil kayu beluti yang betul-betul berada disebelahnya,,,membaling kearah aku dan tepat memasuki celah kaki aku yang ketika itu sedang berlari,,aku terjatuh,,dan terseret dijalan..hampir separuh badan aku terkoyak kulit..pedinya ya Allah,,tuhan saja yang tahu..mak aku menangis melihat keadaan aku yang lansung tidak bapak aku pedulikan..

Khamis, 23 September 2010

kisah benar..!!

Kisah Benar – Anak Derhaka

26 08 2009
Mesti baca!!!>KISAH SEORANG ANAK DERHAKA KEPADA IBUNYA…

” Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu. 1 September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng-gelengkan kepala.
Pasti ada sesuatu yang ‘besar’ sedang mereka bincangkan, kata saya di dalam
hati. Setelah enjin motosikal dimatikan, saya berjalan ke arah mereka.
” Bincang apa tu? Serius aku tengok,” saya menyapa. ” Haaa…Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari
kubur emak dia? ” kata Jaimi, kawan saya.
” Budak perempuan? Tak boleh keluar dari kubur? Aku tak faham bah,”
jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu.
” Macam ni,” kata Jaimi, lalu menyambung, ” di kubur kat kampung Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu. Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia… tapi belum boleh lagi “.
” Kenapa jadi macam tu? ” saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual..
Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari
kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempaun berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.
” Bukannya banyak, RM 20 aja mak! ” gadis itu membentak. ” Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu,” jawab ibunya perlahan.
Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi,lemah jantung dan kencing manis.
” Maaak… kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak,” kata gadis itu.
” Yalah, mak tau… tapi mak tak ada duit,” balas ibunya. ” RM 20 aja! ” si gadis berkata.
” Tak ada,” jawab ibunya.
” Emak memang kedekut! ” si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.
” Bukan macam tu ta…” belum pun habis ibunya menerangkan, gadis tersebut
menyanggah, katanya,
” Ahhh…sudahlah emak! Saya tak mau dengar! “
” Kalau emak ada du… ” ibunya menyambung , tapi belum pun habis kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ;
” kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada! “
Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai.
” Saida.. Sai.. dddaaa..” katanya perlahan sambil mengurut dada.
Wajahnya berkerut menahan sakit.
Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik,
dibalingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan sementara di luar, suasana sunyi sepi.
Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah terkejutnya
dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila dipegang ke pergelangan tangan
dan bawah leher, tidak ada lagi nadi berdenyut.
Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya,tapi tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melalui
jiran-jiran, kematian wanita itu diberitahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar.
Jaimi menyambung ceritanya; ” Mak cik tu dibawa ke kubur pukul 12.30 tadi.
Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak dimasukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat bantu.”
” Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi
kubur.”
Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan.
Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad.
Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh diangkat. Ia seperti dipaku ke tanah. Si gadis mula cemas.
” Kenapa ni ayah? ” kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi.
” Apa pasal,” Si ayah bertanya.
” Kaki Saida ni.. tak boleh angkat! ” balas si gadis yang kian cemas.
Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.
” Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat……. tak boleh nak naik,”
gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.
Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi dipanggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil.
” Ayah…kenapa ni??!! Tolonglah Saida, ayah..” si gadis menangis memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.
Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cuba menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat.
” Tolong saya ayah, tolong saya…….kenapa jadi macam ni ayah? ” kata si gadis sambil meratap.
” Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal. Sekarang, ayah pun tak tau nak buat macam mana,” jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu.
Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.
” Emak…ampunkan Saida emak, ampunkan Saida…” gadis itu menangis. Sambil itu dipeluk dan dicium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak boleh diempang lagi.
” Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal… Saida
menyesal…… Ampunkan Saida emak,” dia menangis lagi sambil memeluk jenazah
ibunya yang telah kaku.
Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarik keluar. Beramai-ramai orang cubamengeluarkannya namun kecewa. Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu dikambus.
” Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat dilihat lagi.
Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja… kalau hujan macam mana? ” kata imam kepada bapa gadis berkenaan.
” Habis anak saya ?” tanya si bapa.
” Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat isteri awak disempurnakan, anak awak kita selamatkan,” balas imam.
Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang diputuskan,upacara pengebumian terpaksa diteruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya.
Bagaimana pun kubur dikambus separas lutut gadis saja, cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya.
Yang menyedihkan, ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talkin dibaca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil.
” Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi. Nak tengok apa yang terjadi,” kata Jaimi.
” Aku pun nak pergilah,” kata saya. Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur.
Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana . Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang dimaksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak.
Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai kebarisan paling hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah dibuat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Di dalam kepungan itu, anggota- anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing.
Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya.
” Pssstt…Raie. …Raie..Psstt, ” saya memanggil, Raie yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan.
” Boleh aku tengok budak tu? ” saya bertanya sebaik saja diadatang ke arah saya.
” Mana boleh. Keluarga dia aja yang boleh,” jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan, khuatir ada orang yang tahu.
” Sekejap aja. Bolehlah…” saya memujuk…..
Alhamdulillah, setelah puas dipujuk dia mengalah. Tanpa berlengah, saya menyusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie, seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar
kencang. Pertama, risau & takut dihalau keluar. Kedua, tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan.
Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke pusara yang dimaksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya.
Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya saya tidak dihalau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya
ke arah sebuah kubur.
Bila dijenguk kedalam, dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih;
“Emak… ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saida menyesal,
Saida menyesal……”
Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya. ” Emak…lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan saya,”
Ditarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.
Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat untuk menyelamatkan gadis berkenaan.
” Sudahlah tu Saida…makanlah sikit nak ,” rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung
tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya.
Hampir menitis air mata saya melihat Saida. Tidak saya sangka, cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata.
Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibu bapa akan di balas ‘tunai’.
Malangnya saya tidak dapat lama di sana . *****a 10 – 15 minit saja kerana Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak mahu, terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap ” Ampunkan saya emak, ampunkan saya, Ya Allah, lepaskanlah kakiku ini, aku bertaubat, aku
insaf…”
Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk dibawa keluar, tapi seperti tadi, tidak berhasil. Saya lihat seorang polis mengesatkan air matanya.
Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu. Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak
dibenarkan. Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis,
permintaan itu terpaksa ditolak.
Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba. Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya terngiang-ngiang di telinga saya.
Saya diberitahu, sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa. Namun telah disebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa
adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat dikeluarkan.
Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang diberi oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.
Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang
bercerita.
Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari. Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang dilakukannya.
Allah Maha Agung…sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah
tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian disempurnakan seperti mayat-mayat lain.
Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka.

bagaimana nak hilang mengantuk masa belajar

HARI ini saya ingin menjawab soalan seorang pelajar kepada saya. Macam mana nak hilangkan rasa mengantuk ketika study?
1. Tanam objektif yang jelas dalam belajar – pasangkan betul-betul niat, untuk apa anda belajar, kenapa pula anda study. Bila semua ini anda telah mampu jawab dengan jelas, jerit kuat-kuat dalam hati. Katakan dalam minda anda bahawa anda mesti belajar untuk menggapai matlamat anda itu. Tak ada orang malas yang boleh berjaya. Matlamat yang benar-benar jelas akan membawa seseorang itu ke suatu tahap yang tidak pernah dijangka-jangka dan mampu menewaskan apa pun halangan yang ada di hadapannya. Mengantuk, bosan dan sebagainya bukanlah masalah.
2. Lakukanlah dengan minat – Setiap kerja yang kita lakukan, mesti bersama minat. Nasihat saya, lakukanlah juga studi ini dengan minat, mesti tak ngantuk punya. Macamana nak minat? Mana ada orang hobinya study? Ya, sebut aje study, semua orang jadi malas. Jadi, lakukanlah perubahan pada persekitaran anda supaya anda jadi minat. Tulis kata-kata semangat di dinding. Buat nota cantik-cantik. Warnakan point-point penting. Buatlah apa sahaja, asalkan anda jadi lebih semangat untuk belajar.
3. Belajar dalam jangka waktu yang pendek – Belajar dalam jangka waktu yang pendek. Ini penting. Lepas sejam seeloknya, berhenti sekejap. Kalau rasa 30 minit dah rasa penat pun tak apa, berhenti sejenak. Buatlah apa-apa hobi anda. Baca novel-novel, komik-komik, main game pun tak apa, asal anda mendapat semula semangat study anda. Buat macam ni selalu, dan anda akan rasa anda tak akan jemu untuk menelaah buku-buku pelajaran anda. Percayalah!
4. Dapatkan tidur yang cukup – Perkara ni nampak macam remeh. Tapi ramai yang terlepas pandang. Tak guna study berjam-jam tapi hasilnya sama aje dengan mereka yang study hanya sejam. Apa bezanya? Belajar dengan berkualiti nilainya memang tak sama dengan mereka yang belajar tapi tiada kualiti. Nak dapat kualiti masa belajar, pastikan bahawa anda benar-benar segar dan cergas semasa studi.
Anda mengantuk, kemudian anda belajar, anda tak dapat apa-apa. Otak yang letih sukar untuk memproses segala maklumat yang dihantar kepadanya dengan berkesan. Jadi, pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi. Ingat, tidur yang sempurna juga merupakan salah satu strategi untuk anda berjaya di dalam pelajaran.
5. Minum air kosong – Jadikan amalan minum air masak ni sebagai amalan harian. Makan buah selalu pun bagus. Tubuh yang kekurangan air akan lebih mudah untuk berasa letih. Letakkan sama air mineral di sebelah meja study anda, air ni selalu jadi penenang bila kita gelisah. Jadi, jadikanlah ia suatu amalan dalam hidup anda, untuk anda berasa lebih cergas, lebih sihat dalam urusan harian.
6. Ingat emak ayah – Semua orang bila ingat mak ayah dia, dia akan jadi sedar. Ingat ibu yang mengandung, ayah yang membesarkan, hati mesti jadi terusik. Tak ada seorang anak yang sanggup untuk mengabaikan impian besar ibunya. Jadi, bila nak studi ni, ingatlah emak ayah. Ingat pengorbanan mereka masa kecil-kecil. Percayalah, semangat anda tak akan luntur bila  jiwa mereka sentiasa bersama anda.
Selamat berjaya.

Khamis, 12 Ogos 2010

setelah sampai,mereka bertanya.."mana basikal 'baru' ko mir??""aku hanya mendiamkan diri..setelah kami puas bermain..aku pulang dalam keadaan yang lupakan seketika basikal aku itu..lama kelamaan baru aku terfikir sejenak mengapa aku tidak mendapat basikal itu..rupanya keluargaku melalui kesusahan dan belum mampu untuk memberi aku kesenangan yang aku mahukan itu..tapi apa yang aku fikirkan hanyalah kehendak aku!kepuasan diri aku!aku sedikit pun tidak memikirkan mereka...maafkan aku ayah..maafkan aku emak...selang beberapa lama kemudian..aku berpindah lagi..kini aku berada di Kuala Lumpur semula dibawa oleh ibu bapaku..aku meninggalkan kampung halaman ku tanpa meinggalkan pesanan atau salam kepada nenek dan datuk ku...pada waktu itu aku seakan-akan tidak tahu apa yang mereka rasakan..sebenarnya mereka menyayangi aku lebih dari anak mereka sendiri..nenek demam dan tak lalu makan kerana asyik teringat kan aku..sentiasa menunggu kepulangan ku..tapi apakan dayaku..aku belum mampu untuk pulang ke kampung sendiri..

Khamis, 5 Ogos 2010

Di sekolah asrama itu aku ditinggalkan untuk meneruskan perjalanan hidup menimba ilmu-ilmu agama..ilmu yang diperlukan didunia ini untuk menuju ke jalan yang lurus dan benar.aku tidak tahu apa yang berlaku dirumahku dan apa yang berlaku terhadap keluarga ku.namun apa yang aku tahu,aku dihantar kesini kerana ibu bapa ku ingin menjadikan aku seorang yang berguna..masa yang pantas berlalu kini sudah setahun aku berada disekolah asrama itu..keputusan yang aku peroleh boleh dibanggakan setiap ibu bapa yang melihatnya..aku gembira..gembira bila melihat ibuku tersenyum sejenak melupakan segala masalah yang dihadapinya seketika apabila melihat kandungan buku biru ku itu..namun,aku diberitahu bahawa aku akan dibawa pulang kekampung halaman untuk tinggal bersama datuk dan nenek ku.aku begitu terkilan,mengapa begitu awal mereka hendak mengeluarkan aku dari tempat yang membuka masa depan ku ini???ianya menjadi tanda tanya ketika aku seusia begitu kecil..dunia yang pantas berputar diatas paksinya..setelah malam berganti siang..setelah berminggu-minggu  persoalanku menjadi tanda tanya..aku sekarang telah sampai di kampung halaman ku..datuk dan nenek yang sentiasa merinduiku begitu bahagia dan gembira melihat cucu kesayangan berada didepan anak mata mereka..aku hanya berdiam diri..ibu bapaku pulang semula ke kota raya..aku jarang dapat bersama mereka...seperti anak-anak yang lain..tawa riang nya bersama ibu bapa mereka..jatuh bangun disisi insan yang melahirkan nya..ya Allah,bilakah aku dapat merasa nikmat itu..aku hanya menuggu waktu..sejenak aku melupakan perkara itu apabila aku berkenalan dengan kawan-kawanku..kedatangan aku pada mulanya tidak diterima..namun aku yang mudah mesra menyebabkan mereka menerima aku menjadi teman sepermainan dalam apa jua keadaan pada waktu itu..walaupun aku terlupa akan persoalan ku yang lalu..tapi aku masih bertanya kepada datuk dan nenek ku.."atuk,bila mak ngan ayah nak balik tok??"datuk dan nenek ku hanya menjeling sesama sendiri..mereka hanya menjawab "along dah makan?atuk dah masak,jom makan.."aku yang tidak banyak bertanya lalu bersetuju dengan ajakan datuk dan nenek ku..masa silih berganti hari demi hari..kemudian aku mendapat khabar gembira.."Along!along!mak ngan abah nak balik minggu ni nak.."betapa gembira nya saat itu..dan aku menjawab "yeker tok???yea..yea..mak nak balik!tok nanti cakap kat mak belikan amir basikal ye..kawan-kawan amir semua ada basikal tok..amir je yang tak ada.."atuk ku membalas.."yelah nak,nanti atuk cakapkan"..telah tiba hari jumaat yang aku tunggu-tunggu dimana kepulangan ibu bapa ku berakhir apabila telefon berdering.."ring!ring!ring!"atuk ku menjawab panggilan telefon itu."hello,siapa ni??","mak,ni din,kami tak jadi balik la minggu ni nanti bila kami nak balik kami telefon ya..","kenapa tak jadi balik??anak kau dah tunggu din!","mak cakap kat dia jangan risau,nanti kami balik,sibuk sikitlah mak","kesian budak tu din,apa lah kau ni!". terletaklah ganggang telefon itu ditempatnya..atuk memanggil ku "along,mak ngn abah tak jadi balik nak..." aku hanya berdiam diri menahan kesedihan lalu keluar berjalan kaki..didalam hatiku bertanya dan berkata "bila agaknya mereka akan balik??aku rindukan mereka dan tak dapat lah basikal aku tu...hmm..". Setelah sekian lama aku berjalan, aku tiba di kelompok kawan-kawan ku..

Rabu, 21 Julai 2010

mengenal ilmu..


kemudian aku tinggal di Kuala Lumpur..seperti manusia yang lain bapa ku menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah mencari rezeki untuk membesarkan aku..aku diajar mengenali huruf jawi dan rumi..setelah aku mengenali satu persatu huruf-huruf itu kemudiannya aku diajar mmbaca dan mengaji..dalam lingkungan seawal usia 5 tahun aku dapat membaca ayat-ayat suci Al-Quran..aku gigih mengaji dan membaca..setahun kemudian aku berada di alam pra-persekolahan..kecemerlanganku pada waktu itu sering mendapat pujian oleh ustaz dan ustazah di sekolah itu..apabila peperiksaan aku mendapat markah penuh dalam setiap mata pelajaran yang diajar..aku gembira dengan pencapaian ku itu..kini aku di tahap 1 di alam prsekolahan yang baru dalam hidupku..banyak lagi perkara yang aku perlu belajar..tetapi kali ini aku berada di sebuah sekolah yang berbeza.. iaitu sekolah kebangsaan..belbagai-bagai perkara aku belajar pada waktu itu..seronok nya berada di darjah 1..hahaha..setahun sudah berlalu kini aku berpindah pula ke sebuah sekolah asrama..

Selasa, 13 Julai 2010

Masa Pertumbuhan..

kemudiannya aku melalui waktu-waktu sukar yang pantas berlalu..aku dibawa ke kampung halaman yang indah hijau saujana tuhan. Kepulangan yang dinanti-nantikan oleh 2 orang tua yang amat mengharapkan cucu lelaki semasa aku menempuhi lautan yang tak bertepian itu. Setelah sampai,aku disambut bagaikan seorang putera ditabalkan menjadi raja..aku dijaga dengan penuh kasih sayang dan manja.Setiap tangisan ku ini menjadi pengubat rindu di hati,menjadi dos penenang pada kepenatan yang dialami dan pembuai lena mimpi tidur keluarga ku. Namun, semua itu tiba-tiba hilang seketika!ibuku kini diduga..sebak rasa dihati,pedihnya kembali tetapi akur dengan ketentuan illahi. Perit baginya kerana di tipu oleh lelaki yang bergelar bapaku. Insan yang menjadi cinta pertamanya. Dia sebenarnya sudah dimiliki..bukan itu saja,malah mempunyai 6 orang cahaya mata. Bagaikan terpinga-pinga melihat pertelingkahan yang berlaku kerana aku tidak mengerti apa-apa!!!situasi menjadi tegang seketika dan aku dibawa ke Kuala Lumpur.

Khamis, 8 Julai 2010

Bermulanya Nafas PertamaKu...

Andai kesibukan dunia yang membuatkan manusia mengejar harta, andai masa menjadi pencetus segala ilham dan cita-cita, andaikan juga bagaimana aku menaruh harapan itu untuk melalui liku-liku kehidupan dunia yang penuh warna,bunyi,bau dan rasa. Yang ingin dijulang sebagai seorang juara. Bermulanya nafas pertama setelah melalui 40 minggu berenang-renang didalam 'lautan' hasil pernikahan cinta 2 orang insan yang menyayangi antara satu sama lain. Genap bilangan hari itu dan tepat waktunya aku memberontak untuk berenang keluar dari air 'lautan' yang melemaskan aku. Lalu aku menerjah ke ruang yang sempit disaksikan sekumpulan manusia yang sedang berusaha untuk menyambut aku. Keperitan yang amat pedih dirasai oleh ibuku waktu itu tidaklah aku rasai dengan hatiku yang tak mengenal apa erti kesakitan,keperitan dan kepedihan. Aku bagaikan kain putih yang perlu dicorak dengan warna-warna yang indah dan menyejukkan mata memandang. Tangisan yang tidak henti disamping ibuku yang keletihan diatas katil. aku didokong, dilaungkan azan ketelinga kecil ku sesudah itu aku kembali ke dakapan kasih sayang ibu dan ayah ku. Ingin aku bertanya mengapa mereka sangat bahagia ketika itu tetapi apakan daya khudrat ku ini.