Carian

Selasa, 13 Julai 2010

Masa Pertumbuhan..

kemudiannya aku melalui waktu-waktu sukar yang pantas berlalu..aku dibawa ke kampung halaman yang indah hijau saujana tuhan. Kepulangan yang dinanti-nantikan oleh 2 orang tua yang amat mengharapkan cucu lelaki semasa aku menempuhi lautan yang tak bertepian itu. Setelah sampai,aku disambut bagaikan seorang putera ditabalkan menjadi raja..aku dijaga dengan penuh kasih sayang dan manja.Setiap tangisan ku ini menjadi pengubat rindu di hati,menjadi dos penenang pada kepenatan yang dialami dan pembuai lena mimpi tidur keluarga ku. Namun, semua itu tiba-tiba hilang seketika!ibuku kini diduga..sebak rasa dihati,pedihnya kembali tetapi akur dengan ketentuan illahi. Perit baginya kerana di tipu oleh lelaki yang bergelar bapaku. Insan yang menjadi cinta pertamanya. Dia sebenarnya sudah dimiliki..bukan itu saja,malah mempunyai 6 orang cahaya mata. Bagaikan terpinga-pinga melihat pertelingkahan yang berlaku kerana aku tidak mengerti apa-apa!!!situasi menjadi tegang seketika dan aku dibawa ke Kuala Lumpur.

Tiada ulasan: