Carian

Rabu, 21 Julai 2010

mengenal ilmu..


kemudian aku tinggal di Kuala Lumpur..seperti manusia yang lain bapa ku menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah mencari rezeki untuk membesarkan aku..aku diajar mengenali huruf jawi dan rumi..setelah aku mengenali satu persatu huruf-huruf itu kemudiannya aku diajar mmbaca dan mengaji..dalam lingkungan seawal usia 5 tahun aku dapat membaca ayat-ayat suci Al-Quran..aku gigih mengaji dan membaca..setahun kemudian aku berada di alam pra-persekolahan..kecemerlanganku pada waktu itu sering mendapat pujian oleh ustaz dan ustazah di sekolah itu..apabila peperiksaan aku mendapat markah penuh dalam setiap mata pelajaran yang diajar..aku gembira dengan pencapaian ku itu..kini aku di tahap 1 di alam prsekolahan yang baru dalam hidupku..banyak lagi perkara yang aku perlu belajar..tetapi kali ini aku berada di sebuah sekolah yang berbeza.. iaitu sekolah kebangsaan..belbagai-bagai perkara aku belajar pada waktu itu..seronok nya berada di darjah 1..hahaha..setahun sudah berlalu kini aku berpindah pula ke sebuah sekolah asrama..

Tiada ulasan: