Carian

Khamis, 5 Ogos 2010

Di sekolah asrama itu aku ditinggalkan untuk meneruskan perjalanan hidup menimba ilmu-ilmu agama..ilmu yang diperlukan didunia ini untuk menuju ke jalan yang lurus dan benar.aku tidak tahu apa yang berlaku dirumahku dan apa yang berlaku terhadap keluarga ku.namun apa yang aku tahu,aku dihantar kesini kerana ibu bapa ku ingin menjadikan aku seorang yang berguna..masa yang pantas berlalu kini sudah setahun aku berada disekolah asrama itu..keputusan yang aku peroleh boleh dibanggakan setiap ibu bapa yang melihatnya..aku gembira..gembira bila melihat ibuku tersenyum sejenak melupakan segala masalah yang dihadapinya seketika apabila melihat kandungan buku biru ku itu..namun,aku diberitahu bahawa aku akan dibawa pulang kekampung halaman untuk tinggal bersama datuk dan nenek ku.aku begitu terkilan,mengapa begitu awal mereka hendak mengeluarkan aku dari tempat yang membuka masa depan ku ini???ianya menjadi tanda tanya ketika aku seusia begitu kecil..dunia yang pantas berputar diatas paksinya..setelah malam berganti siang..setelah berminggu-minggu  persoalanku menjadi tanda tanya..aku sekarang telah sampai di kampung halaman ku..datuk dan nenek yang sentiasa merinduiku begitu bahagia dan gembira melihat cucu kesayangan berada didepan anak mata mereka..aku hanya berdiam diri..ibu bapaku pulang semula ke kota raya..aku jarang dapat bersama mereka...seperti anak-anak yang lain..tawa riang nya bersama ibu bapa mereka..jatuh bangun disisi insan yang melahirkan nya..ya Allah,bilakah aku dapat merasa nikmat itu..aku hanya menuggu waktu..sejenak aku melupakan perkara itu apabila aku berkenalan dengan kawan-kawanku..kedatangan aku pada mulanya tidak diterima..namun aku yang mudah mesra menyebabkan mereka menerima aku menjadi teman sepermainan dalam apa jua keadaan pada waktu itu..walaupun aku terlupa akan persoalan ku yang lalu..tapi aku masih bertanya kepada datuk dan nenek ku.."atuk,bila mak ngan ayah nak balik tok??"datuk dan nenek ku hanya menjeling sesama sendiri..mereka hanya menjawab "along dah makan?atuk dah masak,jom makan.."aku yang tidak banyak bertanya lalu bersetuju dengan ajakan datuk dan nenek ku..masa silih berganti hari demi hari..kemudian aku mendapat khabar gembira.."Along!along!mak ngan abah nak balik minggu ni nak.."betapa gembira nya saat itu..dan aku menjawab "yeker tok???yea..yea..mak nak balik!tok nanti cakap kat mak belikan amir basikal ye..kawan-kawan amir semua ada basikal tok..amir je yang tak ada.."atuk ku membalas.."yelah nak,nanti atuk cakapkan"..telah tiba hari jumaat yang aku tunggu-tunggu dimana kepulangan ibu bapa ku berakhir apabila telefon berdering.."ring!ring!ring!"atuk ku menjawab panggilan telefon itu."hello,siapa ni??","mak,ni din,kami tak jadi balik la minggu ni nanti bila kami nak balik kami telefon ya..","kenapa tak jadi balik??anak kau dah tunggu din!","mak cakap kat dia jangan risau,nanti kami balik,sibuk sikitlah mak","kesian budak tu din,apa lah kau ni!". terletaklah ganggang telefon itu ditempatnya..atuk memanggil ku "along,mak ngn abah tak jadi balik nak..." aku hanya berdiam diri menahan kesedihan lalu keluar berjalan kaki..didalam hatiku bertanya dan berkata "bila agaknya mereka akan balik??aku rindukan mereka dan tak dapat lah basikal aku tu...hmm..". Setelah sekian lama aku berjalan, aku tiba di kelompok kawan-kawan ku..

2 ulasan:

farrafieqa redza ^^ berkata...

nice blog..

Abu Muhammad berkata...

bilenye nk update ni blog ni....